Larangan berkempen sehingga tarikh dibenarkan
Makluman buat semua ahli, dilarang untuk berkempen sehingga tarikh yang telah ditetapkan Suruhanjaya Pilihanraya [SPR] BKASM 2011....
; bermula pada 15 Oktober 2011 iaitu selepas Majlis Pengisytiharan Calon. Sila rujuk taqwim SPR BKASM 2011 yang telah dipaparkan di blog rasmi SPR BKASM 2011(sprbkasm.blogspot.com) dan segala perubahan akan dimaklumkan oleh pihak kami.Kini pihak SPR masih lagi dalam proses mengkaji borang bantahan yang telah diterima. Sehubungan dengan itu, segala bentuk kempen adalah dilarang. Tindakan keras akan diambil jika benar didapati melanggar peraturan. Sabit kesalahan berkemungkinan akan meyebabkan calon yang layak bertanding digugurkan kelayakan.
Segala keputusan SPR adalah muktamad.
Yang Benar,
PENGARAH,
Suruhanjaya Pilihanraya [SPR] BKASM 2011.
No comments:
Post a Comment